Thursday, June 10, 2010

Aku Kembali....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Di kala sedang sibuk dengan persiapan menjelang 'perang' yang akan datang, ku ambil sedikit kesempatan ini untuk mengajak semua pembaca untuk saling mengingati antara satu dengan yang lain. Mudah-mudahan kehidupan ini akan lebih bermakna dan berkualiti.

'Berpegang teguhlah kamu kepada apa yang AKU berikan kepadamu dan hendaklah kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur' (Mafhum Al A'raff, 144)

Sebagai insan, banyak benda yang kita akan dan telah lalui dalam kehidupan. Ada kalanya kegembiraan yang kita kecapi dan ada kalanya duka dan nestapa yang kita alami. Semuanya itu adalah beberapa bentuk ujian yang datang dari Allah untuk kita. Kalau diperhatikan disekeliling kita, ada miskin dan ada kaya. Bergantung pada bagaimana anda menilai atau menta'rifkan dua istilah itu, ayuh kita introspeksi diri kita dengan membanding beza antara kita dan mereka. Sejauh mana kita redha dengan karunia Allah pada kita???

Para Salafus-Soleh dan orang-orang terdahulu dari kita punya berbeda darjat namun mereka adalah dari kalangan yang selalu sahaja redha akan apa yang ditentukan Allah pada mereka. Ada antara mereka yang kaya harta, namun harta bukan penghalang bagi mereka dari membasahkan lisan mereka memuji Allah atas karunia yang mereka terima. Ada pula antara mereka yang faqir harta tapi masih tidah putus-putus mengucap syukur padaNYA dalam tidak mengalah dalam memperbaiki keadaan mereka. Mereka tidak pernah untuk bersedih atas kondisi semasa mereka bahkan sentiasa tabah menjalani kehidupan. Bezakan diri kita dan mereka. Hakikat kita dan mereka adalah sama. Kita adalah INSAN. Asal kita sama dengan mereka, TANAH. Namun persoalannya mengapa ada antara kita yang putus harap pada ketentuan Allah. Adakah kita lupa bahawa 'KAMI telah mentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia' (Az-Zukhruf, 32). Mengapa kita perlu putus asa sedangkan DIA yang menetukan segalanya dalam kehidupan kita ini???

Justuru marilah kita berlapang dada menerima apa yang telah ditentukan Allah untuk kita. Samada baik atau buruk yang ditentukannya, redhalah akan ia dan dalam masa yang sama bermunajatlah kita kepada Allah agar sentiasa diperbaiki keadaan kita. Semoga dengannya itu akan kita digolongkan Allah dalam kalangan mereka yang dimuliakan Allah dengan kesejahteraan.

'(Sambil mengucapkan) Salamun'alaikum bima Shabartum (Kesejahteraan atasmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah indahnya tempat kesudahan itu.
-Ar Ra'd, 24

Thursday, June 3, 2010

Salam...

Assalamualaikum...

Lintas langsung ini dibawakan secara rakaman dari Kelburn, Wellington, New Zealand.
Sekadar makluman untuk semua penziarah blog yang penulis akan berhenti menulis artikel sementara menunggu 'kitab hikmat' sampai dari Malaysia.

Harap Maklum....

Thursday, May 27, 2010

Ibuku Seorang Pembohong...

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.

Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Wednesday, May 12, 2010

Masa : Satu Pandangan Berbilang Pendapat (Part 2)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…
Dalam keluaran lepas, kita dah lihat variasi ragam manusia berkenaan masa. Saya percaya anda semua mesti dah menyelami masalah masa dengan berfikir panjang. Kalau masih ada lagi yang belum ‘buka mata’ dalam masalah ini, saya hanya mampu berdoa agar mereka diberi petunjuk supaya berfikir dari hal masa.
Kali ini saya cuma nak berkongsi satu cara yang ‘sifu’ saya ajar dari hal nak mengurus masa. Kepada para pembaca, cara ini mungkin efektif untuk sesetengah manusia sahaja, namun jgn buang semua kalau tak boleh pakai. Ambil yang mana perlu sudah memadai.
Semua orang ada jam. Ada pakai jam Casio, Timex, Q&Q dan macam – macam jenama lagi. Baik yang ‘ori’ mahupun yang ‘cap ayam’, pasti jam sentiasa di pergelangan tangan. Kalaupun yang tak pakai jam tangan, macam yang saya kata ‘jam handphone kan ada’. Tak kisahlah macam mana pun jam anda, rajin – rajinkanlah mata anda untuk selalu tengok jam. Pasal apa kena buat macam itu. Dengan merajinkan diri anda melihat jam, sekaligus anda akan ‘keep on track’ pejalanan harian anda seperti waktu makan, waktu kelas dan sebagainya. Tak payahlah susah – susah nak ‘set’ jam anda lebih awal dari yang sepatutnya kerana akan ada kecenderungan untuk melengahkan pergerakan anda. Kalau anda tak percaya, buatlah sendiri. Saya berani cakap pasal saya dah buat. Memang akan ada ‘tendency’ untuk melengahkan pergerakan. Pada yang memang tak ada jam dan tak ada ‘handphone’ (mustahil tak ada handphone), ‘sifu’ saya kata, rajin – rajinlah tanya kawan “Sekarang pukul berapa?”. Ini sekaligus akan membantu anda dan juga kawan anda untuk sentiasa ‘keep on track’.
Saya rasa cukup satu benda untuk saya kongsi bersama dalam keluaran ini. Kata Rasullullah, perbuatan atau amalan yang kecil kalau diamalkan secara tekal atau berterusan adalah lebih baik dari sesuatu perbuatan atau amal yang besar yang dipraktik secara berkala. Saya sendiri pun masih berusaha mencari yang terbaik. Jom pakat doa ramai – ramai agar kita dipermudah segala urusan kehidupan baik dunia mahupun akhirat.
Saya tinggalkan anda untuk membolehkan saya dan anda merenung sejenak soalan Al-Ghazali kepada muridnya iaitu ‘Apa benda yang paling jauh?’ . Muridnya menjawab dengan jawapan yang berbilang dan semuanya diiktiraf benar oleh Al-Ghazali namun menurutnya yang paling jauh itulah ‘MASA’.
Renung – renungkan dan Selamat Beramal!!!

Masa : Satu Pandangan Berbilang Pendapat (Part 1)

Situasi dalam sebuah bilik kuliah pada suatu pagi…
Pensyarah : Kenapa awak lambat?
Pelajar : Saya ‘overslept’ Cik, semalam tidur lewat.
Pensyarah : Itu bukan masalah saya untuk fikir awak tidur lewat ke, ‘overslept’ ke! Awak yang urus masa awak sendiri, bukan saya!
Pelajar : &**#)#)$()()%()((#(**(#*$))……….(dalam hati)

Pernah tak situasi seperti yang tertera di atas terjadi kepada anda? Adakah respon yang anda berikan sama seperti apa yang diungkapkan oleh sang pelajar? Pernah tak anda letak diri anda dalam keadaan emosi pensyarah dalam situasi di atas? Apa pandangan anda? Apa pula pendapat anda?
Sengaja saya letak tajuk Satu Pandangan Berbilang Pendapat untuk membawa anda berfikir jauh sedikit. Kalau kata orang putih, ‘think out of the box’. Dalam tulisan ini, saya nak mengajak anda untuk melihat pandangan dan pendapat manusia tentang masa.
Dalam banyak karya ilmiah oleh para cerdik pandai, mereka berpandangan bahawa masa adalah satu benda yang sangat berharga. Buktinya, wujud rangkai kata yang berkait dengan masa yang sepatutnya menjadi peringatan kepada manusia. ‘Masa itu Emas’ dan ‘Masa itu umpama Pedang’ adalah antara rangkaian kata yang sering menjadi hiasan terutamanya di dinding-dinding sekolah. Tapi ia hanya sekadar menjadi hiasan mural sekolah sahajalah. Pelajar hanya lalu lalang tanpa memerhatikan dan menghayati tulisan tersebut. Yang hairannya, bila ditanya pandanganmereka tentang masa, jawapannya pantas berharga. Nah, dari apa yang telah saya perkatakan, terbukti pandangan manusia tentang masa cuma satu, berharga. Pergilah ceruk rantau mana pun, memang itulah jawapannya. Kalaupun jawapan yang diberi bukannya berharga, pasti ada yang jawab bernilai, umpama emas, macam pedang dan lain-lain lagi.
‘Apa yang berharga pasal pedang?’
Mesti ada yang terdetik soalan ini dalam benak mereka kan?
Kata pepatah arab, ‘Masa umpama pedang, kalau kita tak potong, dia akan potong kita’. Kalau dah pedang yang potong kita, bukan nyawa ke yang melayang? Nyawa itu lebih berharga hakikatnya.
Jom kita lihat pendapat manusia pula tentang masa.
Kalau saya buat ‘survey’ tentang bagaimana cara mengurus masa dengan efektif, antara jawapan yang ‘comfirm’ ada dalam senarai mesti macam ini :
• Pakai Jam
• ‘Set’ penggera
• ‘Set’ awal 15 minit
• Letak jam dalam bilik
• Dan lain-lain lagi
Banyak betul idea manusia, betul tak? Sebab itu saya kata berbilang pendapat. Kita memang dikurniakan dengan akal untuk berfikir dan hakikatnya kita guna akal kita untuk fikir macam-macam. Saya pun lebih kurang macam manusia biasa juga, menggunakan akal untuk berfikir. Tapi pernah tak kita fikir kalau kita tak ada jam tangan dan kita tak letak jam dalam bilik, macam mana nak urus masa?
‘Handphone kan ada. Pakai la jam handphone.’
Kan dah terbukti kalau manusia memang akan menggunakan akal secara optimum untuk memberikan pendapat mereka. Tapi, kalau handphone rosak macam mana? Mesti ada cara lain kan? Akal kan ada untuk berfikir, betul tak?
Susah nak cari penamat kepada penyelesaian masalah kalau akal kita asyik fikir bagaimana nak bagi alasan. Masalah tak akan selesai kalau asyik alasan yang diberi. Sama juga macam masa. Kalau asyik fikir kaedah nak mengurus masa, bila nak mula mengurus? Nak tunggu sampai kucing bertanduk? Kalau itulah perspektif kita, susah untuk kita memajukan diri sendiri apatah lagi memberi sumbangan kepada Negara.
Saya nak tinggalkan anda anda untuk berfikir. Nantikan sambungan Masa : Satu Pandangan Berbilang Pendapat Part 2. Sampai jumpa di keluaran akan datang!

Dzikir : Suatu Kisah Yang Tiada Hujung

Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengsih lagi Maha Penyayang,

'Orang yang beriman dan tenang hatinya dengan mengingati ALLAH, bahawa sesungguhnya dengan mengingati ALLAH itu menenangkan hati' Ar-Ra'du : 28

Post rasmi pertama setelah 3 bulan di Wellington. Kali nie nak berkongsi dengan korang satu benda yang terkadang kita (termasuk penulis sekali) lupa dan alpa. Kalau kita check balik diri sendiri, berapa banyak dalam masa 24 jam yang Allah beri pada kita digunakan untuk mengingati Allah selain daripada dalam sembahyang? Mesti tak banyakkan??? Kalau pun ada, mesti masa kita tengah susah hati, takde duit dan sebagainya. Pendek kata masa susah je, barulah kita nak ingat mintak tolong pada TUAN PUNYA DUNIA. Agaknya kita semua nie lupa yang semua yang terjadi dalam hidup kita nie adalah kerja ALLAH. Kita hirup oksigen, ALLAH punya, bangun tidur, ALLAH yang hidupkan kita balik dari mati seketika dan lain-lain lagi. Ada orang yang tanya, adakah mengingati ALLAH itu dengan hanya berdzikir? Jawapannya TIDAK. Dzikir dalam bahasa melayu membawa maksud ingat. Justeru setiap inci dalam hidup kita sepatutnya dalam keadaan ingat pada ALLAH. Nak buat assignment, ingat pada ALLAH. Minta ALLAH mudahkan urusan kita dapat siapkan assignment dengan baik. Nak makan, baca doa. Biar ALLAH berkati setiap kunyahan dan suapan makanan yang masuk ke dalam jasad kita. Bila nak exam terutamanya, luangkan sedikit masa untuk 'dating' dengan ALLAH, biar ALLAH tolong kita time exam. Pendek kata, kalau setiap detik kita mengingati ALLAH maka tenanglah kita dalam RAHMATNYA....

Diakhir post ini, penulis berwasiat kepada dirinya sendiri dan kepada para pembaca sekelian untuk JOM Muhasabah!!! agar kehidupan kita akan lebih berkualiti di sisi ALLAH...Renungkan dan Selamat Beramal.

pergh...banyak sawang....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Kali nie bersiaran secara langsung dari Bilik 19, 32 Adams Terrace Kelburn Wellington.
Sekadar ingin membuka lembaran baru dalam penulisan kat blog nie stelah lama menyepikan diri. Kali nie, fokus utama pengisian blog nie adalah tentang keagamaan. Sekadar satu wadah untuk bantu kengkawan bersama menghayati keindahan Islam. Kalau kiranya tulisan yang ada dalam blog nie bersalahan dengan apa yang korang paham, JOM discuss!!!Semoga ada manafaatnya untuk Ummah. Bermula dari kini, terimalah apa yang Sang Fakir kongsikan sekadar yang adanya, kurang dan lebih itu hakikatnya milik ALLAH namun biarlah yang kurang itu bersandar pada kelemahan Sang Fakir Dan Dhaif Ila Allah. Sesungguhnya tiada daya dan upaya selain MENGHARAP PADA ALLAH SEMATA.....