Sunday, December 28, 2008

BANGSA...AGAMA...DAN ...APA KESUDAHANNYA?

Assalamualaikum...
Lama dah tak datang hantar post kan?
Hari nie rase mcm nak berkongsi suatu pemerhatian dgn korang...
Setuju ke tak setuju ke terpulang...
Acctually, all this long i have been observing the society...
The Malays especially...
Ragam dan perangai rakyat Malaysia yang penuh warna warni...
What i have found differs from my understanding...
Jom kita check it out...

Aku kompom korang kenal sape empunya diri kat atas nie...
Cantik kan?
Mampu mencairkan iman sesape je yang first time tgk awek nie...
Pasal tu Mawi kawin ngan die...
Tajuk yang ambo nak ghoyak bui kat adik kakak ada kaitan ngan gambar hok atas tadi...
Korang perasan tak budaya bertudung nie dah jadik mcm satu kemestian untuk wanita melayu...
Alhamdulillah...bagus la mcm tu...
Cuma masalah yang dapat diperhatikan ialah...
Bertudung tapi pakaian yang dikenakan tak berapa sesuai...
Yang perempuan jgn MARAH eh...
Aku sebenarnya heran dan pelik melihat mereka berkelakuan demikian...
Aku tak nak maksudkan dengan sesiapa...
Tepuk dada tanya iman...
Bak kata MAK aku...
"Kalau setakat pakai tudung tapi baju tak cukup kain, buat apa?"
Jadi...
Aku malas nak celoteh pasal tudung nie lagi...
Cuma nasihat kepada yang berkenaan...
Kalau nak pakai tudung... Pastikan kain baju anda cukup menutupi badan anda...
Nasihat dari seorang FAQIR WA AD-DHAIF ILA JALLA WA 'ALA...

Wednesday, December 3, 2008

Pengumuman!!!

Bil Ismu Jalla Wa 'Ala
Dengan penuh sukacita saya mengumumkan bahawa
BAYARAN ELAUN UNTUK BULAN DISEMBER 2008 TELAH SEMPURNA DILAKSANAKAN...
Justeru, untuk semua pelatih IPSAH yang berkenaan, sila ke mesin ATM BSN terdekat anda untuk menyemak status akaun anda...

Dari
Pengerusi Ekonomi JPP IPSAH 2008
Mohamad Farid bin Haji Mat Rafie Al - Juhri

Tuesday, December 2, 2008

malam ini...

Kadang - kadang, banyak orang tertanya sendiri tentang solat...
Kenapa kena solat?
Kenapa orang lelaki kena berjamaah?
Kenapa orang perempuan yang uzur tak boleh solat?
dan banyak lagi...
Soalan yang sebegini rupa kadang - kadang menyusahkan kepala dan otak kita untuk memikirkan jawapannya...
Saya rasa saya pun tak boleh nak menjawab persoalan itu...
Tak mengapa...
Apa yang saya nak kongsi kali ini ialah "Kenapa Solat Berjamaah?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Hendaklah Kamu Sentiasa Berjamaah..."
Kenapa perlu sangat berjamaah sampai Nabi S.A.W pun suruh berjamaah?
Secara logikanya, kita lihat bila orang main bola sepak...
Kenapa ada sampai 11 orang pemain dalam satu pasukan...
Lepas itu ada pula posisi masing - masing...
Ditambah pula dengan susun atur strategi untuk pasukan itu...
Jom kita kaitkan solat berjamaah dengan permainan bola sepak...
Allah itu ibarat pengurus...
DIA yang MAHA MENGETAHUI strategi yang sesuai untuk hambaNYA...
Sebab itu aturan solat berjamaah macam aturan main bola sepak...
Ada yang duduk depan...
Ada yang duduk belakang...
Ada yang kena duduk tepi...
Ada yang kena duduk tengah...
Ada imam sebagai ketua...
Ada makmum sebagai pengikut...
Makmum perempuan kena duduk sebelah kanan belakang jamaah lelaki...
Budak - budak duduk diantara keduanya...
Kan cantik macam itu...
Secara logiknya...
budak kan suka bermain...
maklumlah budak kecil...
diletak mereka dibelakang supaya tak menganggu orang dewasa lelaki nak solat...
adakah bermakna jamaah perempuan kena ganggu?
tak...
kan ada penghadang antara ruang solat lelaki dan wanita...
jadi apa yang berlaku di ruang solat lelaki tak kelihatan oleh ruang solat wanita...
rasa macam dah panjang saya mencoret...
nantikan sambungan coretan ini pada 'post' akan datang...
salam...

Elaun...

Elaun untuk Program Persediaan B.ed Tesol NZ dan PPISMP IPSAH

Bayaran: Disember
Jumlah Bayaran: RM430
Tarikh Bayaran: 3 Disember 2008

Sebarang masalah, sila hubungi Biro Ekonomi JPP IPSAH

Mohamad Farid Bin Haji Mat Rafie Al-Juhri @ 013-4492509

***jgn terus call maktab kalau elaun tak masuk, call saya dulu...

Salam Keamanan Dan Kesejahteraan...

Assalamualaikum...
Kaif Halk?
Pertamanya,kehadiran blog ini ialah untuk mengenengahkan apa2 maklumat samada ilmiah duniawi mahupun ukhrawi kepada para pembaca sekelian...
Buat warga IPSAH khususnya mereka yang sering tertanya-tanya tentang elaun mahupun apa-apa sahaja yang berkaitan tentang pergerakan dalam dan luar institut,bolehlah kiranya mengakses maklumat yang diperlukan disini...
Buat mereka yang minat mengorek rahsia ilmu milik Jalla Wa 'Ala,juga boleh mengakses sedikit sebanyak info berguna dalam blog ana yang tak seberapa ini...
Buat warga Badan Dakwah Dan Surau IPSAH,boleh mendapatkan maklumat terkini gerak kerja kita juga dalam blog ana ini...
Mudah-mudahan dapat dimanafaatkan bersama...
Hanya kepada Allah ku memohon akan selayak kesempurnaan buat diriku,faqir wa ad-dhaif illallah.