Wednesday, May 12, 2010

Masa : Satu Pandangan Berbilang Pendapat (Part 1)

Situasi dalam sebuah bilik kuliah pada suatu pagi…
Pensyarah : Kenapa awak lambat?
Pelajar : Saya ‘overslept’ Cik, semalam tidur lewat.
Pensyarah : Itu bukan masalah saya untuk fikir awak tidur lewat ke, ‘overslept’ ke! Awak yang urus masa awak sendiri, bukan saya!
Pelajar : &**#)#)$()()%()((#(**(#*$))……….(dalam hati)

Pernah tak situasi seperti yang tertera di atas terjadi kepada anda? Adakah respon yang anda berikan sama seperti apa yang diungkapkan oleh sang pelajar? Pernah tak anda letak diri anda dalam keadaan emosi pensyarah dalam situasi di atas? Apa pandangan anda? Apa pula pendapat anda?
Sengaja saya letak tajuk Satu Pandangan Berbilang Pendapat untuk membawa anda berfikir jauh sedikit. Kalau kata orang putih, ‘think out of the box’. Dalam tulisan ini, saya nak mengajak anda untuk melihat pandangan dan pendapat manusia tentang masa.
Dalam banyak karya ilmiah oleh para cerdik pandai, mereka berpandangan bahawa masa adalah satu benda yang sangat berharga. Buktinya, wujud rangkai kata yang berkait dengan masa yang sepatutnya menjadi peringatan kepada manusia. ‘Masa itu Emas’ dan ‘Masa itu umpama Pedang’ adalah antara rangkaian kata yang sering menjadi hiasan terutamanya di dinding-dinding sekolah. Tapi ia hanya sekadar menjadi hiasan mural sekolah sahajalah. Pelajar hanya lalu lalang tanpa memerhatikan dan menghayati tulisan tersebut. Yang hairannya, bila ditanya pandanganmereka tentang masa, jawapannya pantas berharga. Nah, dari apa yang telah saya perkatakan, terbukti pandangan manusia tentang masa cuma satu, berharga. Pergilah ceruk rantau mana pun, memang itulah jawapannya. Kalaupun jawapan yang diberi bukannya berharga, pasti ada yang jawab bernilai, umpama emas, macam pedang dan lain-lain lagi.
‘Apa yang berharga pasal pedang?’
Mesti ada yang terdetik soalan ini dalam benak mereka kan?
Kata pepatah arab, ‘Masa umpama pedang, kalau kita tak potong, dia akan potong kita’. Kalau dah pedang yang potong kita, bukan nyawa ke yang melayang? Nyawa itu lebih berharga hakikatnya.
Jom kita lihat pendapat manusia pula tentang masa.
Kalau saya buat ‘survey’ tentang bagaimana cara mengurus masa dengan efektif, antara jawapan yang ‘comfirm’ ada dalam senarai mesti macam ini :
• Pakai Jam
• ‘Set’ penggera
• ‘Set’ awal 15 minit
• Letak jam dalam bilik
• Dan lain-lain lagi
Banyak betul idea manusia, betul tak? Sebab itu saya kata berbilang pendapat. Kita memang dikurniakan dengan akal untuk berfikir dan hakikatnya kita guna akal kita untuk fikir macam-macam. Saya pun lebih kurang macam manusia biasa juga, menggunakan akal untuk berfikir. Tapi pernah tak kita fikir kalau kita tak ada jam tangan dan kita tak letak jam dalam bilik, macam mana nak urus masa?
‘Handphone kan ada. Pakai la jam handphone.’
Kan dah terbukti kalau manusia memang akan menggunakan akal secara optimum untuk memberikan pendapat mereka. Tapi, kalau handphone rosak macam mana? Mesti ada cara lain kan? Akal kan ada untuk berfikir, betul tak?
Susah nak cari penamat kepada penyelesaian masalah kalau akal kita asyik fikir bagaimana nak bagi alasan. Masalah tak akan selesai kalau asyik alasan yang diberi. Sama juga macam masa. Kalau asyik fikir kaedah nak mengurus masa, bila nak mula mengurus? Nak tunggu sampai kucing bertanduk? Kalau itulah perspektif kita, susah untuk kita memajukan diri sendiri apatah lagi memberi sumbangan kepada Negara.
Saya nak tinggalkan anda anda untuk berfikir. Nantikan sambungan Masa : Satu Pandangan Berbilang Pendapat Part 2. Sampai jumpa di keluaran akan datang!

No comments: