Wednesday, May 12, 2010

Masa : Satu Pandangan Berbilang Pendapat (Part 2)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…
Dalam keluaran lepas, kita dah lihat variasi ragam manusia berkenaan masa. Saya percaya anda semua mesti dah menyelami masalah masa dengan berfikir panjang. Kalau masih ada lagi yang belum ‘buka mata’ dalam masalah ini, saya hanya mampu berdoa agar mereka diberi petunjuk supaya berfikir dari hal masa.
Kali ini saya cuma nak berkongsi satu cara yang ‘sifu’ saya ajar dari hal nak mengurus masa. Kepada para pembaca, cara ini mungkin efektif untuk sesetengah manusia sahaja, namun jgn buang semua kalau tak boleh pakai. Ambil yang mana perlu sudah memadai.
Semua orang ada jam. Ada pakai jam Casio, Timex, Q&Q dan macam – macam jenama lagi. Baik yang ‘ori’ mahupun yang ‘cap ayam’, pasti jam sentiasa di pergelangan tangan. Kalaupun yang tak pakai jam tangan, macam yang saya kata ‘jam handphone kan ada’. Tak kisahlah macam mana pun jam anda, rajin – rajinkanlah mata anda untuk selalu tengok jam. Pasal apa kena buat macam itu. Dengan merajinkan diri anda melihat jam, sekaligus anda akan ‘keep on track’ pejalanan harian anda seperti waktu makan, waktu kelas dan sebagainya. Tak payahlah susah – susah nak ‘set’ jam anda lebih awal dari yang sepatutnya kerana akan ada kecenderungan untuk melengahkan pergerakan anda. Kalau anda tak percaya, buatlah sendiri. Saya berani cakap pasal saya dah buat. Memang akan ada ‘tendency’ untuk melengahkan pergerakan. Pada yang memang tak ada jam dan tak ada ‘handphone’ (mustahil tak ada handphone), ‘sifu’ saya kata, rajin – rajinlah tanya kawan “Sekarang pukul berapa?”. Ini sekaligus akan membantu anda dan juga kawan anda untuk sentiasa ‘keep on track’.
Saya rasa cukup satu benda untuk saya kongsi bersama dalam keluaran ini. Kata Rasullullah, perbuatan atau amalan yang kecil kalau diamalkan secara tekal atau berterusan adalah lebih baik dari sesuatu perbuatan atau amal yang besar yang dipraktik secara berkala. Saya sendiri pun masih berusaha mencari yang terbaik. Jom pakat doa ramai – ramai agar kita dipermudah segala urusan kehidupan baik dunia mahupun akhirat.
Saya tinggalkan anda untuk membolehkan saya dan anda merenung sejenak soalan Al-Ghazali kepada muridnya iaitu ‘Apa benda yang paling jauh?’ . Muridnya menjawab dengan jawapan yang berbilang dan semuanya diiktiraf benar oleh Al-Ghazali namun menurutnya yang paling jauh itulah ‘MASA’.
Renung – renungkan dan Selamat Beramal!!!

No comments: